Posts Tagged ‘ulat buku’

Sekejap saja masa berlalu, rupa-rupanya sudah hampir setahun aku menulis di alam maya tapi itu semua hanya berlaku di aku adalah aku bukan di sini. Walaupun Keyol’s blog ini telah di daftar sejak hampir empat tahun lepas namun aku hanya mula menulis pada september lepas. Itu pun baru tiga entri yang terhasil 🙂
Dan kini aku mula menulis sebagai penulis jemputan di PuteriKasih.com, satu pengalaman baru yang tak sepatutnya aku lepaskan. Tapi cuak juga rasanya bila mengenangkan masa yang aku ada cukup terhad, tiga blog yang perlu di urus maknanya aku kena uruskan masa sebaik mungkin kalau tidak mesti akan ada blog yang tak berupdate nanti 😛 hehe
Nampak gayanya aku kena mula menambah pengetahuan tentang info-info semasa, kena mula banyakkan membaca hasil tulisan orang lain, kena jadi ‘ulat buku’ la senang cerita 😉 harap dipermudahkan segala-galanya