Archive for September 5, 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam 1Dunia.

image

Kecoh, huru-hara sekejap disebabkan pengumuman kenaikan harga minyak, eh silap….pengurangan subsidi bahan bakar yang diumumkan oleh PM “kesayangan” negara baru-baru ni. Di alam maya ramai yang “meroyan” macam dunia dah nak kiamat. Bukan golongan pembangkang je, aku tengok golongan yang melangkah seiring dengan kerajaan pun tak ketinggalan meroyan sama..heh

Apa rasa? 20 sen je kot. Kalau tak mampu isi banyak isi sikit-sikit je, kata makcik reporter tak berbayar kampung aku. Lantak kamu la apa nak cakap pasal benda ni. Benda dah jadi terima je lah, bersyukur dengan apa yang ada. Apa yang pasti plan ekonomi sendiri perlu dirombak, jangan nak “berlagak” dengan poket yang nampak tebal tu. Ada pakcik kat kampung aku ni cakap, “duit yang ada dalam poket tu belum tentu milik kita, yang masuk perut melalui hasil duit tu baru sah milik kita”. Erm betul la apa yang pakcik tu cakap kan? Duit yang kita dapat tu ada sebahagian milik orang lain yang disampaikan melalui zakat. Bukan cukai sebab cukai tu untuk isi poket kakitangan awam, bonus setengah bulan gaji tu hasilnya daripada cukai yang di kutip tu la kan? Kalau salah sila betulkan..hehe

“Negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan kerana subsidi kita sangat tinggi.” Tun M

Ada yang kata, sudah sampai masa masyarakat mula mengaplikasikan konsep berjimat cermat tu memandangkan kos sara hidup pasti akan meningkat akibat pengurangan subsidi bahan bakar yang diumumkan baru-baru ni. Perlu juga melipat gandakan usaha untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian. Yang berduit memang perlu mula mengaplikasikan konsep berjimat cermat tu. Macam mana pula dengan golongan yang kurang berduit? Apa yang perlu mereka jimatkan lagi sedangkan selama ini ada dikalangan mereka yang makan sekali sehari, makanan mewah jauh sekali. Aku tak marah cuma benda ni terlintas di benak pemikiran aku jadi, aku taipkan di sini. Marah pun tak guna, benda dah jadi kan dan setiap apa yang jadi tu pasti ada hikmah yang kurang jelas pada pandangan mata kasar.

Modal bertambah untung sama malah ada sesetengah barang untungnya makin kecil. Bila dinaikkan harga dikata cekik darah, tak dinaikkan harga cekik leher sendiri. Serabut kepala kalau difikirkan. Jalan paling selamat apabila dilambung ombak ialah ikut rentak ombak, kalau dilawan diri sendiri kehabisan tenaga dan kebarangkalian untuk lemas amatlah besar.

p/s : setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. peace! ^^