Posts Tagged ‘kurang sihat’

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat sejahtera.

Sudah hampir satu minggu badan aku ni kurang sihat. Mula-mula kepala berdenyut, aku telan dua biji panadol kerana selalunya denyutan di kepala akan beransur hilang selepas itu tapi sangkaan aku silap, kepala aku tetap berdenyut.

Dua hari aku menahan denyutan di kepala dan aku sedar itu menandakan badan aku akan diserang demam. Jangkaan aku betul kerana malam itu badan aku mula membahang, tidur malam walaupun sudah pakai dua lapis baju tetap sejuk aku rasa. Dan malam itu lagi dua biji panadol aku telan dengan harapan bila bangun pagi esoknya badan aku akan kembali seperti biasa.

Bangun pagi esoknya,
(more…)

Bismillah. Salam dan selamat sejahtera.

Dunia akhir zaman, cuaca pun jadi tak menentu. Kejap panas kejap hujan, kesihatan badan pun jadi tak menentu (aku saja).

Air hidung ni dah dua hari meleleh, bersin usah di kira, mungkin kalau dihitung rasanya berpuluh kali dalam tempoh dua hari ni. Badan pula panas berapi tapi kalau duduk bawah kipas, gigil macam duduk di kutub utara (agaknya).

Tidur malam yang boleh dikatakan setiap malam berkipas, sudah tidak berkipas untuk dua hari ni. Hurm seksa kalau demam selsema datang menyerang, badan jadi sakit, lenguh seluruh badan. Kepala bila bertemu bantal, lima minit saja terus lena walhal kerja banyak lagi yang menanti.

Seksa juga bila mengenangkan badan yang kurang selesa dan kerja pula berderet-deret minta diselesaikan. Hurmm….

p/s : sakit itu peringatan dari Allah 😉